Saturday 6 April 2013


JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI
1.      Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)
2.      Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

3.      Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
                                           (Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)



   ISU PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA
 Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu musuh utama di negara kita. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Manakala, dadah ialah satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, dan tingkah laku pengguna apabila digunakan. Penggunaan dadah akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan mabuk, khayal, ketagih serta gangguan tingkah laku. Akan tetapi,  penagih dadah menganggap dadah sebagai satu alat yang mampu membawa perasaan gembira kepada  mereka. Dengan pemikiran ini, penagih dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu, penagih dadah akan berada dalam keadaan yang susah tanpa dadah.Bagaimanakah kita boleh mengetahui seseorang itu terlibat dalam dadah? Dari aspek fizikal, seseorang yang terlibat dalam penggunaan dadah akan sentiasa berpeluh, pening kepala, menggigil, penurunan berat badan, mata merah dan ciri-ciri lain. Dari aspek psikologi pula, penagih dadah akan sentiasa berada dalam keadaan resah dan gelisah. Emosi dan perasaan mereka akan terganggu dan menyebabkan sikap mereka berubah secara tiba-tiba. Sebagai contohnya, mereka tidak dapat tidur dengan lena, kelihatan letih, kurang selera, bercakap banyak, menghindari kawan yang tidak terlibat dalam penggunaan dadah dan mengabaikan penampilan diri. Dari aspek perlakuan pula, penagih dadah akan sentiasa ponteng kerja atau sekolah yang seterusnya menyebabkan prestasi kerja ataupun prestasi akademik mereka merosot.
Sayangi Diri Untuk hidup lebih bermakna....



Tuesday 2 April 2013

Sentuhan pertama persediaan bilik sumber PPDa SKTT..

                   
                                               

                                                           


Bersama guru-guru dan kawan-kawan membantu merealisasikan apa yang ada di minda...
Moga ia boleh diperbaiki lagi di masa akan datang... ~Smile...

                          Angkara rokok.. punca ke arah penglibatan DADAH..


Hindarkan diri anda dari segala punca ke arah perkara yang boleh merosakkan diri mu..

Selamat datang ke ruang blog PPDa bagi SK Tun Teja yang baru sahaja dicipta... sebagai wadah untuk berkongsi cerita , berita dan informasi yang bermaklumat yang boleh memberi manfaat untuk semua. Sebarang maklum balas dan  komen yang berguna terhadap blog ini boleh diemailkan ke : ppdasktt@gmail.com.
Semoga maklum balas yang diterima mampu untuk digunakan untuk perbaiki sebarang kelemahan dan memberi kebaikan kepada semua. ;-)